Skip to main content

Posts

Featured

Kedai bundle hidupkan pekan Benut

DERETAN  kedai kayu lama di bahu jalan Simpang Empat Benut di sini, begitu sinonim dengan penjualan pelbagai barangan terpakai yang beroperasi dari jam 9 malam hingga 2 pagi setiap hari.  Dari kasut, barangan elektrik, pakaian, pinggan mangkuk, aksesori wanita dan pelbagai lagi sentiasa menggamit perhatian pengunjung ke kawasan perniagaan itu yang sudah beroperasi lebih 20 tahun. Keheningan malam tidak sedikit pun dirasakan peniaga yang sibuk melayan pelanggan mendapatkan barangan terpakai yang dibawa khas dari Singapura. Meskipun banyak bangunan perniagaan komersial sudah dibuka, namun deretan kedai barangan lusuh masih terus utuh berdiri mewarnai suasana malam di Pekan Benut. Peniaga, Alias C. Ani, 54, berkata, barangan terpakai masih mempunyai peminatnya yang tersendiri. Dia yang sudah berniaga selama 20 tahun di Simpang Empat Benut berkata, jika pandai memilih, barang terpakai yang dibeli memberikan pulangan yang berbaloi. Jelasnya, tiada harga...

Latest Posts

Kenali Majlis Daerah Pontian

Projek Pembangunan Parlimen Pontian Berjumlah RM119 Juta Diluluskan

Kerajaan Negeri akan memperluaskan Johor WiFi ke 49 hotspot di kawasan luar bandar

Kenali Daerah Pontian Johor Darul Ta'zim