Kenali Majlis Daerah Pontian
Majlis Daerah Pontian telah ditubuhkan pada 01hb November, 1976 di bawah Akta 124 (Akta Sementara) yang kemudiannya diistiharkan sebagai Akta 171, Akta Kerajaan Tempatan 1976. Pentadbiran Majlis ini merangkumi kawasan seluas 1080 hektar meliputi Bandar Pontian, Pekan Nanas, Benut, Permas dan Ayer Baloi. Sebelum tertubuhnya Majlis Daerah Pontian, Bandar Pontian ditadbirkan oleh Majlis Bandaran Pontian, sementara Cawangan Pekan Nanas, Benut, Ayer Baloi dan Permas ditadbirkan oleh Majlis Tempatan masing-masing. Sejak penubuhan Majlis Daerah Pontian ini, tiga buah Majlis Tempatan iaitu Majlis Tempatan Pekan Nanas, Majlis Tempatan Benut dan Majlis Tempatan Ayer Baloi dan Majlis Bandaran Pontian telah dimansuhkan dan pentadbirannya diambilalih oleh Majlis Daerah Pontian.
Pentadbiran Majlis Daerah Pontian secara keseluruhannya merangkumi kawasan seluas 19,701 hektar dan kawasan-kawasan 40 rantai kiri/kanan jalanraya utama di daerah Pontian. Walaubagaimanapun pemberian perkhidmatan kebersihan dan lain-lain kemudahan asas adalah seluas lebih kurang 1,280 hektar sahaja. Kawasan-kawasan lain adalah merupakan kawasan yang tertakluk di bawah kawalan majlis dari segi kawasan pembangunan dan pengeluaran lesen perniagaan sahaja.
Semua pegangan-pegangan yang tertakluk di dalam kawasan bercukai adalah dikenakan kadar Cukai Harta yang berbeza mengikuti Syarat-syarat pegangan. Di kawasan ini juga Majlis memberikan perkhidmatan kebersihan dan lain-lain kemudahan asas sebagaimana keperluan penduduk kawasannya berdasarkan peruntukan-peruntukan yang diberi oleh Akta Kerajaan Tempatan.
Dengan ini juga mana-mana bangunan yang didirikan di atas tanah-tanah yang tertakluk di dalam kawasan 40 rantai kiri kanan jalan bertar yang di gazetkan dikuatkuasakan pelan bangunan bagi membina sesebuah bangunan.
Majlis Daerah Pontian
Berkuatkuasa mulai 1hb Februari 1979, Majlis Bandaran dan Majlis-majlis Tempatan telah dirangkumkan di bawah satu pentadbiran iaitu Majlis Derah Pontian melalui Warta Kerajaan J.P.U 1261 di dalam warta yang sama pula menjelaskan sempadan kawasan Majlis Daerah Pontian dengan luas keseluruhannya 2687 ekar termasuk cawangan-cawangannya. Keseluruhan kawasan Majlis Daerah Pontian ditadbir di bawah kuasa yang diberikan di dalam Akta 171 (Akta Kerajaan Tempatan 1976) dengan tidak mengubah sempadan asal Majlis Bandaran dan Majlis Tempatan.
Pengluasan Kawasan Bercukai Bagi Bandar Pontian
Berkuatkusa mulai 14hb Mac 1990, melalui Warta Kerajaan No. 1387, Jilid 34, Bilangan 24 bertarikh 22hb November 1990, kawasan bercukai Majlis Daerah Pontian (bagi Bandar Pontian sahaja) telah diperluaskan sebagaimana Pelan Warta PW 1921 dengan pertambahan seluas 590 ekar.
Kawasan-kawasan yang terlibat adalah sebahagian Jalan Parit Masjid, Jalan Parit Semerah dan Jalan Parit Ibrahim. Perluasan ini tidak melibatkan kawasan Majlis Daerah Pontian bagi cawangan-cawangannya.
Pengeluasan Kawasan Majlis Bandaran Pontian
Melalui Warta Kerajaan J.P.U 1 Jilid 20, Bilangan 3, bertarikh 29hb Januari 1976 serta Pelan Warta G. 1073. sempadan kawasan Majlis Bandaran Pontian telah diperluaskan dan menjadikan luas keseluruhan adalah 1202 ekar.
Misi & Visi
Misi
"Merancang, mengurus, mengawalselia dan menyampaikan perkhidmatan dengan cekap dan berkesan untuk meningkatkan kualiti hidup masyarakat"
Visi
"Menjadikan Pontian bandar yang maju, dinamik dan progresif menjelang tahun 2015"
Objektif
- Mewujudkan pentadbiran dan pengurusan yang cekap dan berkualiti kepada pengguna setempat.
- Memastikan perancangan dan pembangunan yang terkawal.
- Pembangunan alam sekitar yang mampan yang dapat mengekalkan kualiti kebersihan persekitaran yang baik.
- Menyediakan dan mengurus prasarana bagi meningkatkan sosio-ekonomi penduduk.
- Menyediakan dan menyelenggara kemudahan-kemudahan awam.
- Menggalakkan penduduk ke arah kecemerlangan dalam aspek fizikal, kerohanian dan pemikiran melalui penyelenggaraan dan pemeliharaan alam sekitar dan ekologi
Fungsi
Fungsi Pembangunan
- Merancang projek-projek pembangunan melalui Pelan Pembangunan Daerah.
- Merancang, menyelaras dan melaksanakan program-program dan aktiviti-aktiviti pembangunan masyarakat luar bandar.
- Menyelaraskan perancangan projek-projek pembangunan yang melibatkan berbagai agensi di peringkat daerah.
- Menilai projek-projek pembangunan dari segi pelaksanaannya dan keberkesanannya kepada sosio-ekonomi penduduk.
- Untuk menyediakan perkhimatan sokongan teknikal dalam bidang pembangunan infrastuktur dan kemudahan asas.
Fungsi Pentadbiran Am, Sosial, Protokol/Istiadat Dan Perlesenan
- Menjalankan pentadbiran pengurusan mukim-mukim.
- Mukim Benut
- Mukim Air Masin
- Mukim Api-Api
- Mukim Sungai Pinggan
- Mukim Rimba Terjun
- Mukim Serkat
- Mukim Ayer Baloi
- Mukim Sungai Karang
- Mukim Jeram Batu / Pengkalan Raja
- Menjalankan fungsi-fungsi pelesenan dibawah Enakmen panggung Wayang dan tempat hiburan awam dan Enakmen Penulisan Raya.
- Menjalankan fungsi protokol, perayaan/keraian/sosial dan sambutan peringkat Daerah dan peringkat Negeri.
- Menguruskan pentadbiran kutipan dan perakaunan hasil.
- Menguruskan pentadbiran kewangan dan belanjawan.
- Menguruskan pentadbiran Bangunan Sultan Ismail.
- Menguruskan hal-hal berkaitan banjir dan bencana alam.
- Merancang, menyelaraas dan melaksanakan kempen-kempen, program dan sebagainya dibawah Arahan Kerajaan.
Fungsi Keselamatan Daerah
- Bertanggungjawab di atas keselamatan daerah, membendung dan membasmikan ancaman-ancaman dadah, anasir subversif, golongan pelampau dan mengaturkan ceramah-ceramah keselamatan.
Logo
Pengertian Logo Dan Warna :
1.1 Pengertian Logo
Mahkota
| : |
Melambangkan kekuasaan Raja dan Majlis Daerah Pontian dibawah naungan negeri yang berdaulat.
|
Bulan Bintang
| : |
Melambangkan Islam sebagai agama rasmi.
|
2 Ekor Harimau
| : |
Melambangkan ketegasan dan keberanian pentadbiran Majlis Daerah Pontian dalam melaksanakan undang- undang.
|
Nenas & Ikan
| : |
Menunjukkan tanaman utama dan juga sumber ekonomi utama daerah Pontian.
|
10 Jalur Biru, Putih berserta dengan ikon Nenas dan Janakuasa
| : |
Lambang janakuasa dan logo nenas yang menunjukkan imej nombor 10 dengan lapisan jalur biru putih melambangkan 10 mukim yang terdapat di daerah Pontian iaitu Pontian, Rimba Terjun, Serkat, Air Masin, Sungai Karang, Jeram Batu/ Pengkalan Raja, Benut, Sungai Pinggan, Ayer Baloi dan Api- Api.
|
Janakuasa
| : |
Menunjukkan ikon baru penyumbang ekonomi dan juga melambangkan transformasi pemodenan pembangunan yang menjana pendapatan kepada masyarakat di daerah Pontian.
|
Daun Piai
| : |
Melambangkan kedudukan unik daerah Pontian yang terletak di Penghujung Benua Asia yang merupakan kawasan pelancongan.
|
1.2 Pengertian warna pada logo
Biru Laut
| : |
Melambangkan sifat mesra, cepat, cekap, amanah dan setia berkhidmat kepada pelanggan.
|
Ungu
| : |
Keharmonian dan perpaduan dikalangan penduduk dan warga Majlis Daerah Pontian.
|
Putih
| : |
Melambangkan kesucian dan nilai murni dalam memberi perkhidmatan.
|
Hijau
| : |
Melambangkan keadaan muka bumi daerah Pontian yang subur.
|
Kuning
| : |
Melambangkan taat setia warga Majlis Daerah Pontian terhadap pemimpin dan Raja.
|
Merah
| : |
Melambangkan keberanian dan semangat bersama dalam mencapai kemajuan.
|
Comments
Post a Comment